Sunday, October 20, 2013

Update situasi sekarang

salam,
"baru lepas makan nasik dengan sambal bilis dari huda"

Sekarang tengah follow oil and gas training, ada 2hari je lagi. Bermanfaat la jugak sebab dapat belajar autocad, inventor software. Next week ada English test. OMG lama dah tak buat esei, kang jadik esei macam darjah 6, mesti orang yang tanda paper aku tu gelak2 je.
Sambil2 training sambil2 cari kerja. Aku apply through jobstreets, rasa macam dah dekat 6 juta aku apply jobs tapi takde satu pon yang reply. Takpela kita kena percaya bahawa rezki semua tu daripada Tuhan. kena yakin dengan Tuhan, sentiasa mintak doa banyak2 kat Dia. Jangan give up.

3 hari lepas dapt call dari GE, lebi kurang phone interview. Macam2 dia tanya. Last skali dia ckp cv aku akan di foward ke higher management. Semoga ak dapat la GE ni. Semoga Allah bantu aku.

Ok la tu jela, nk lepak2 jap.

Thursday, August 29, 2013

Thank God my sisters are so nice!

*Baru lepas rendam baju dalam baldi, tunggu nak basuh je*
Sebelum sabun tu keluarkan kotoran daripada baju-baju, aku nak bermonolog kat belog kejak. Alhamdulillah hari ni satu paper dah setel. 2 more papers and I'm finish with all the assignments, projects, classes, tutors and all that messy stuffs!! Lepas tu kena la cari kerja pulak. Mak aku ni walaupon beliau sangat sporting tapi kalau bab2 kerja ke, kawin ke *opss* beliau sangat serius! Aku macam takut jugak la kalau lambat dapat kerja, aku rasa macam ''bile tah aku boleh balas jasa mak bapak aku''.
Tapi semua tu rezeki daripada Tuhan kena la terima dengan redha.

Tadi dok baca2 EIS sbb petang exam, lepas tu tiba2 adik aku yang no 3 msg, dia cakap 'kak kalo ko xde duit bagitau aku, nanti aku bank in kan'. sob3 terharu tau. Adik2 aku dah kerja, aku pulak dah la sem ni tak de scholar, so adik2 aku la support, bagi duit, tanya duit cukup ke tak. Aku macam segan la nak mintak ngan mak bapak aku selalu sebab aku dah besar kan. So aku rasa aku tak patut buat macam tu. Aku anak sulung, kadang2 rasa macam tak berguna jugak sebab aku tak de duit, lepas tu mintak duit ngan adik2 pulak tu.


muka semua sama je, yela keturunan sama kan

Thank you my sisters. Kejak lagi aku dah kerja korang mintak la ape korang nak. Alhamdulillah adik2 aku ni memang tak berkira langsung dengan kakak diorang. Aku sebagai anak sulung sudah jalankan tanggujawab aku which is ajar diorang macam mana nak hormat orang, saling tolong-menolong kalo ada masalah, tak berkira ngan adik-beradik *bukan nak puji diri sendiri*. 

Muka nampak macam baik je kan kt gambar tu, macam sopan-santun la tapi kalo kat rumah mashaAllah Tuhan saja yang tahu betapa bisingnya kami. Aku rasa satu kampung boleh dengaq kot suara kami yang sangat2 kuat tu haha. Kalo rumah tu boleh pecah dgn suara kami, aku rasa memang lamaaaaaa dah pecah. Kena buat rumah ngan besi la kot. Eh mak aku pon suara kuat jugak, kitorang mewarisi dari mak kitorang kot hahaha. Thanks mom! Eh boleh pulak macam tu kan. 

Aku rasa kotoran dari pakaian sudah tanggal. Aku nak basuh baju la pulak, lepas tu study for the next paypers!! daaaa~~~

Tuesday, August 27, 2013

Bila aku boleh jadi macam kamu

Salam sejahtera, aku rasa semenjak dua menjak aku selalu post hal hati dan perasaan la, luahan la, jiwang sungguh. Anak sulung yang garang memang ada hati dalam taman heee =)

emm aku suka tengok perempuan2 ayu, cara diorang pakai menutup aurat dengan baik. Cakap pon lembut. Aku ni suara dahla macam mikrofon, cakap memang tak nak kalah dengan mike tu, member2 aku cakap aku tak perlu guna mikrofon pon ciss how dare you guys!

aku teringin nak jadi macam mereka, pakai tudung tapi menutup dada. Aku ni memang la pakai tudung tapi kadang2 buat otai ikot kepala sendiri pakai tudung letak kiri kanan, memang la ak nampak ayu tapi tak se ayu orang yang pakai tudung menutup dada la. eh ape tah aku merepek ni. Tapi kan kalo kita paksa buat macam tu, selalu paksa la so lama2 akan jadi kebiasaan la kan. Lately aku try la, rasa macam selamat je, rasa macam xde orang akan pandang kita dari atas bawah.


Lagi-lagi aku nak cakap dengan lemah-lembut. Erk aku dah try tapi member2 aku cakap aku macam pondan. Ishh tak support aku langsung korang ni. Takpe la aku try la slow2 heee. Please someone guide me. Aku ni memang kena ada orang nasihat selalu, kalo tak ikot keras kepala sendiri la. Nanti aku nak kawin dengan ustaz la hurmm. Ustaz tengok aku sah2 la tak nak, tengok la aku ni macam mana, eh tp sekarang dah improve dah sikit2 hoho!

Biasanya benda2 macam ni aku tulis kt buku jah tapi kali ni ak tulis kat blog, kalo orang yang baca nanti boleh la nasihat2 sket kt aku kan3.

Thursday, August 22, 2013

Semoga masa cepat berlalu

Dok pahang starang PLC, mende la PLC ni, doh la male ni test!! Berserah je la tapi kena la usaha dulu kan3. Btw salam peeps. Before sambung study, nak meluah la sikit-sikit kat blog nih. 

Aku harap masa akan berlalu dengan sangat-sangat pantas sebab aku dah tak sabar nak tinggalkan UTP. Bukan aku tak sayang UTP tapi aku nak tinggalkan kenangan-kenangan buruk yang aku dah cipta dan akan bawa bersama kenangan-kenangan manis bersamaku. Aduss ayat macam A. Samad Said! Tapi memang betul pun kan, sapela nak ingat benda-benda buruk yang kita dah buat. 

Kalau boleh aku nak pergi jauh, jauh supaya orang tak dapat cari aku. Tapi aku ada family yang wajib aku jaga, jalankan tanggungjawab sebagai anak sulung. Tapi at the same time aku nak pergi tempat lain, where I can find a new environment, where I can find a new me. Eh aku nak pergi Dubai la baru best! Aku ni suka sangat kalau sebut pasal Dubai. Lepas solat aku selalu mintak kt Tuhan, hantar aku pergi jauh-jauh. kenape la aku selalu doa macam tu, kang kalo dapat menangis tak berlagu! Tapi aku memang nak sangat-sangat pergi jauh. Lepas dah dapat apa yang aku cari, baru la boleh balik Malaysia. cehh konon dapatla Dubai tu.

Aku tak nak dah jadi little girl. Little girl tu perangai macam budak-budak, tak mature. I am 23 years old now tapi orang selalu tanya aku 'eh adik dah form brape?'. zzzzz untuk yang tanya aku macam tu. Aku nak jadi big girl. Big girl yang independent, boleh setelkan masalah sendiri tanpa menyusahkan orang lain, big girl yang tahu nak bawa diri and jaga diri sendiri. Please people nasihat la kat aku ni yang suka buat perangai eh tapi tak de la teruk sangat heee, manusia kadang-kadang cepat lupa or memang sengaja buat-buat lupa. Kita tahu benda tu salah tapi kita tetap jugak buat benda tu. Ni la namanya manusia kan? 

Best jugak meluah kt sini. tapi kalau kita luah kat Tuhan lagi bagus, Allah Maha Mendengar. Hari tu aku rasa sangat-sangat stress, tiba-tiba semua masalah datang, and aku tak tau nak solve macam mana. Lepas tu aku nangis, nangis gila-gila nangis. Tak kan aku nak nangis depan orang pulak kan, jatuhlah maruah aku sebagai anak sulung, aku nangis depan Tuhan la, aku bagitau apa masalah aku kt Tuhan, lepas tu aku rasa lega sangat-sangat.

Eh okla aku nak sambung study yaw!!! 


Monday, August 12, 2013

Riang Ria Aidilfitri

Salam aidilfitri, raya ke-6 dah ada kt UTP. tapi takpe la ada 1 month to go before grad yeay. Nak post gambar kt facebook malu sebab kitorang adik-beradik suka ambek gambar buat muka buruk2. erk kami ni tolol sket haha.
Tahun ni raya macam gojes sket la, pakai peplum bagai. nampak a bit mature la even perangai kanak-kanak still ada. Anak sulung memang macam ni, ada time jadi macam budak-budak, ada time jadi little kakak, ada time garang, macam2 time la. 
Tahun ni raya ramai pulak yang tanya aku dah keje ke, dah kawen ke. Alamak makcik2 saya ni study lagi, tahun ni raya solo lagi, lagi 3 4 tahun saya kawen la. nanti raya bawak husband la pulak tapi makcik2 jangan terkejut la pulak nanti sebab bakal husband saya tu hensem (sape tah haha!).
Tahun ni raya jumppa member2 yang dah lama tak jumpa. diorang terkejut tengok kitew sebab kitew dah slim hehe, kitew suka sangat,memang niat kitew nak suruh diorang ckp kitew comel pon haha, gurau je!


get ready nak pegi jalan-jalan. tengok la baju kitew gojes kan.


sama besar, tapi tinggi lain2. aku paling kurang tinggi zzz



le sistah with le mommy. mak aku ni nampak baik je dalam gambar kan tapi mak aku ni la paling nakal haha. aku ni ikot perangai mak aku la, sedikit nakal. eh banyak nakal


yang perempuan je ade, adik2 lelaki pegi raya mana tah


mestila aku paling comel


muka 1, jangan gelak2 ye, kami memang suka buat2 muka ni


muka 2, lagi buruk


muka 3, buruk3


muka 4, buruk4


si kembar yang suka buat muka


hudoh!


sangat hudoh!


still nampak comel kan hehe


muka sama je semua, kembar 4


last skali g KFC hahaaa

ok la ada kelas ni macam tak nak pergi tapi terpaksa pergi.
selamat hari raya, mintak maaf kalo ada salah silap.

Saturday, August 3, 2013

Kitew dah beli baju raya yeay

Aku bukan tak reti nak mengeja tapi tu style budak2 sekarang yang suka mengeja ade w la ingat ni zaman Hibrew ke. Eh yang dah besar pun suka eja macam tu even dah masuk universiti, aku memang sangat anti dengan orang macam ni. Nasib baik aku lulusan sekolah sains, kalau eja macam tu jatuhla maruah gua sebagai science student hahaha.
Btw bukan nak cakap pasal bahasa hibrew tu, ni nak cerita pasal baju raya. After 3 years without baju raya, finally I managed to get one for me yeahhhh. Thanks to adik-adik gua yang menyumbang duit, kakakmu memang miskin sem ni. Tahun ni aku and adik-adik buat contest sape paling gojes time raya ni hahaha. Please vote for me ok! This time kami yang perempuan akan pakai peplum baju kurung kecuali mak aku la. Beliau pakai baju kurung je. Ish I can't imagine macam mane rupa mak aku kalu pakai macam ni. Confirm cair lelaki2 kat luar sana tu hahaha. Eh kalau aku pakai macam ni kiranya lelaki2 kat luar sana akan cair jugak lah? hahaha whatever lah. Baju ni aku akan pakai untuk convo nanti jugak. Tak pe la alang2 beli, beli yang gojes terus kan hehee.

Baju kitew lebih kurang macam ni la tapi bukan pink tau. Kitew tak suka colour pink. Jatuhlah maruah sebagai kakak sulung kalau pakai colour pink hehe. Kitew punya colour maroon 5.

Hari Isnin cepatlah datang, macam pelik jugak la dok sorang2 kat rumah ni. Dah la semua housemates dah balik. Aku pulak stuck here sebab adik aku kerja lagi Isnin ni aaaaa geram sungguh ngan adik aku sorang tu. Nasib baik aku suruh dia mintak cuti on Tuesday, kalau tak memang tak balik raya la aku. 

Eh ok la nak mandi. Dah la sakit gusi, macam budak2 zzz.

Wednesday, July 31, 2013

Poster presentation dan body fit

Emm tajuk entah pape, rasa macam nak tulis something je. Just read ok heee. Hari ni punya aktiviti macam sangat penat jugak la. Hari ni poster presentation for Final Year Project. Aku punya project tak de la gempak sangat. Tajuk die Hybrid Renewable Energy Based Electricity Generating System. Punya la panjang kan tapi biasa2 je. Dr. Balbir aka supervisor aku cakap "you jangan rasa projek you tak bagus, setiap projek ada kelebihan dia". Sv aku sangat cool, die siap betulkan aku punya grammar lagi. "ish you ni grammar pon tak betul, kejak ade s kejak xde s", he said. erk hampeh la sir, sy ni reti je cakap bi tapi xde la happy sangat. Kalo Ironman ok la, cakap US, aku pon tak paham keh3.

Aku tak tau kenapa muka aku nampak macam tak happy. eh nampak tak aku makin kecik tu?? I am shrinking hehe

Tadi keluar iftar ngan Ayu, Hazwan, Azie, Syafiq and Kabi. Dok sembang2 pasal diesel kat stesen minyak dah makin takde. Aku nak read news ni baru tahu why. Lepas tu sembang2 pasal kuih raya la bla3. Diorang balik awal kot, tinggal aku je la balik Isnin ni.

Ni nak cite pasal body fit pulak erk macam tak kena langsung cite pasal projek lepas tu body fit hehe. Now Im aiming for the body as you can see below. Aku bukannya nak jadi tough tapi nak body lawa macam tu je. Tiap2 malam before tido aku akan buat exercise macam tu la. Nak body lawa bukan senang heeee.


So kawan2 aku nak ajak la korang buat simple exercise macam tu, bukan susah pon, cakap nak body lawa. Aku tak suka tengok orrang dok post ayat lebih kurang macam ni,

"alamak kite dah gemuk la, kite nak kurus macam mana ni?"
Kalo cakap je tp tak usaha tak jadik jugak kan.

Post gambar debab tapi bila orang komen bagitau kau gemuk kau marah kan, pastu emo2 plak kan. so kalo nak orang komen positive, take action ok!! bukan tau mengadu dekat facebook je.

Haaa ok la aku nak mandi, sambung buat kerja. Nak setel semua before balik raya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Friday, July 26, 2013

Ishh saya bukan 'lelaki' la


Hey I'm not a boy la. Kite gegirl tau. Ada orang cakap aku macam lelaki. Yelaaa tu perangai lama, ex-tomboy mestila perangai ganas2 melekat la sket2 kan. Aku nak jadi perempuan melayu asli tau, kalo ganas2 kang xde orang nak pulak waaaaa taknak3!! Kalo nak cerita pasal perangai dulu-dulu masyaAllah teruk kot, tapi benda2 macam tu la aku buat sebagai pengajaran.
Ada la tego aku kenape aku jarang giler pakai baju kurung. bukan jarang pakai tapi aku tak pakai langsung haha. Aku rasa cun bila pakai baju kurung, kang ada perasaan riak pulak haha. Bukan la entah la bagi aku, aku rasa susah nak buat kerja bila berbaju kurung hehe. Dah la aku ni ganas sket2, kang pakai baju kurung buat kerja ganas2 orang tengok pelik pulak.Aku pakai time raya je. I hope my future husband takkan paksa bini dia pakai baju kurung hari-hari hahaha. Aku start berbaju kurung time msk skolah asrama dulu, kalo tak jangan harap la. Mak aku bersorak rinag and perli aku sebab aku terpaksa pakai baju kurung. Ishh mak aku memang tau! (Tetiba cerita pasal baju kurung). 

Eh tapi ada orang cakap aku makin cun hehe. Someone said I'm totally different kalo tengok gambar kat bawah ni la. Yeahhh me like it. Dulu gemuk sekarang cun melecun and selimmmm gitu. Takpe kan perasan and puji kt blog sendiri.

Kiri, 47kg. Kanan 53kg.
Maafla orang sebelah gambar terpaksa dicropkan kalo tak timbul kontroversi, gosip-gosip liar.

Hidup sekarang makin bahagia sebab dah kurus haha takdak kaitan langsung. Sekarang busy jugak la dengan FYP, reports semua. Bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian kan. Tengah job hunting tapi satu pon tak melekat. Takpela rezki Allah ada di mana2, so kita sebagai hamba Allah kena la usaha kan kalo nak dapat yang terbaik.

Aku sebenarnya nak tolong orang hilangkan lemak, selim, kurus, cun dan lawa macam aku hehe tapi ada yang tak percaya ngan Herbalife. Aku dah tunjuk testimoni aku kot takkan tak percaya lagi kan haha.

Ok la nak sambung buat poster! Next week poster presentation. Wish me luck