Friday, April 29, 2011

hang semakin matang bila.....


hang dapat bertenang dan bersabar seandainya hang nye hajat tidak tercapai.

hang mampu menyembunyikan perasaan hang yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

hang tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

hang dapat menghadapi kebencian orang yang hang benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

hang mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun hang ingin mendapat perkara yang hang fikir boleh dapat.


muka org mature weh keh3


hang dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya hang tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat hang yang lain.

hang terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud hang.

hang dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

hang memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

hang memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

hang berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar hang minati.


wanita yg mature dan berkerjaya keh3

hang mengaku dengan jujur tidak tahu bila hang betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

hang menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

hang akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa hang dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

hang dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun hang tidak merasa senang kerananya.

hang boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak hang sukai.

hang dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya hang lelaki, hang dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa hang adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya hang wanita, hang dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

OUT.

dipetik dari ILOVEISLAM

No comments:

Post a Comment