Baru lepas balik dari Tesco dengan Ayu, makan roti, ais jagung last skali meggi ramen ape tah nama. Kenyang! Ni nok kabo crite pasal aku g stadium. Punyala semangat kan, but this is will be my first and last time kot. Aku tak suka bila dikelilingi lelaki2 yang suka isap rokok,lepas tu asap maen lepas macam tu je. Bab sorak2 tu aku sukala. Dah la kena masuk awal, kalo tak xde seat la untuk kitorng. Nasib baik aku bawak sebijik buku pasal Mars and Venus sambil2 tunggu game start, aku baca la. Tahun aku rasa semangat bola tu lebih2 pulak, ke sebab aku maen futsal hehe.
Someone call me Little girl, ye memang little pon haha. Little Letty
Ni gambar selepas diumumkan TRW menang. Berbaloi jugak la aku pergi stadium tengok secara live hehe. Tapi disebabkan aku dikelilingi perokok tegar so lepas ni aku dah tak nak pergi dah. semalam banyak toxic2 masuk dalam badan aku. Tapi aku suka dengar fans TRW sorak2, semangat habis! berdiri bulu roma aku.nak gugur jantung sebab kuat sangat haha. Aku tengok fans TRW muka macam familiar je, macam budak2 kampung aku.
ANTARA GELAGAT FANS TRW.(ambek gmbr from abe we)
haaa yang ni paling lucu, time tu pukul4 lebih rasanya. Sedang aku khusuk baca Venus Mars, lepas tu tetiba fans TRW sorak gila sorak kuat gila sebab ada satu pengantin ni masuk stadium. Aku dalam hati apesal buat kerja gila si pengantin ni sanding dalam stadium, dah la panas macam hape. Rupanya dua2 ekor tu lelaki hahaha sangat lucu ok. Diorang saje je buat gimik sebab ramai dah masuk awal, so kasi entertainment la sket. Anyway terbaik ah diorang, memang kerja giler. Eh pak imam pon ada skali haha. Pengalaman lucu.
Time ni kul 3 lebih rasanya. Imagine la kul 3.30 aku masuk stadium, bapak awal kan.
ni budak2 blakang aku. Semalam Halim Yazid, ore dikir paling sohor di Klate la datang tengok bola jugak, dia masuk awal jgk kot. kul 4 lagi dah masuk. Secara live aku jumpa dia. Nak bergambar tak sempat.
You see all the TRW fans. Game lambat lagi tapi stadium almost full. fuuuu semangat giler diorang ni termasuk aku skali. First time kot aku g stadium, macam kagum giler. lepas tu semua dok nyanyi2 la, aku tak tau dah nk cite ape sebab they are all amazing.
Gelombang Merah.
Fans TRW adalah fans yang paling ramai. Dekat balkoni ke hape tah nama dia semua dah full. Polis seperate la fans TRW and JDT kot2 la ada pergaduhan ke hape ke. Tapi gap yang diorng buat tu sangat la luas. Ape ingat fans TRW ni ganas sangat ke sampai nk bunuh2 orang. Lepas tu semua fans TRW dok jerit2 kat polis tu supaya bukak gate, yelah kat luar stadium manusia berpusu2 nak masuk,tiket ade tp tempat tak cukup. Ramai yang datang bawak anak kecik, makcik2 kakak2 semua dok sesak nafas dh sbb semua orang nak masuk, macam tin sardin dah. tapi polis tetap tak nak bukak. Pendapat aku la kan kalo tak nak kasi rusuhan ke pergaduhan besar ke, bukak jela gate tu. semua orang boleh masuk, tgk bola dengan tenang. Yang terjadinya rusuhan semua tu sebab polis sndiri tak nak consider. Kesain fans TRW weh.
Polis tu sampai bawak anjing diorang masuk sebab takut fans TRW ni buat kacau. Semalam aku tengok xdak pon. Jangan la buat mcm tu pak polisi, orang datang nak tengok bola kot, bukan nak gaduh2. Lama gak r diorng diskus. Aku dah la kecik kan, semua orang dok himpit aku, makin kecik kang hahaha. Lepas tu baru diorang bukak. Last skali xde pon rusuhan macam pak polisi pikir. Ape daaaa
This one lepas TRW diumukan sebagai pemenang. Memang berbaloi jugak ak boleh tengok secara live haha. Tahniah deh kawe banggo jadi anok klate. Malam tu ak kesian gak kat Mat Yo. Asyik kena boooo je ngan fans TRW haha.
lepas game aku call la ayie, limiey, afham member2 aku la sebab nak tumpang diorang balik. diorang datang sewa bas. memang susah gila nak jumpa, ye ah 80000 fans kot datang. last skali call punya call, pastu jumpa la ayie. lepas tu kitrong kena lari, rushing la nk kejar bas. Ni lawak giler, ayie stark oyak "tepi blako ambo lorat ni, baru jupo bini, bini sesat ni". Lepas tu orang kasi laluan kt kami haha.
Anyway tahniah. Bestnya pergi berjimba2 kan padahal kerja banyak kena setelkan. Mood malas makin menjadi2, haish banyak setan malas ni. Lepas ni ak tengok kat tb jela. Thanks to members yang support aku g tengok bola hahaha.
No comments:
Post a Comment