Monday, June 3, 2013

Saya tau saya nakal tapi saya pun layak jadi orang baik

waaa panjang benau tajuknya tapi itulah realiti kehidupan hehe. Semua orang layak untuk jadi manusia yang baik termasuk aku. Aku mengaku la aku ni sedikit nakal, suka cakap lepas, suka gelak kuat-kuat (genetik mak aku), suka kutuk orang depan-depan tapi aku pon layak nak jadi orang baik.

Zaman dulu kala memang aku tomboy, sebab tu la aku jadi macam ni sekarang, terbawak2 from zaman tomboy dulu tapi zaman itu sudah berlalu alaa terbawak sikit-sikit je sampai sekarang, for protection. erk protection ape la haha. Bila aku bagitau kawan-kawan aku yang aku suka kat orang yang baik, mesti aku akan dapat respons yang negative, aduss tak supportive langsung member-member aku ni. Salah ke aku suka orang baik? 

respon yang aku dapat,
"Jangan mimpi lah,dia tu baik, mu tu xlayak"
"Ko kena ubah diri tu kalo nak dapat orang yang baik"
"huh perasan"

hiks~~

Ye aku tau aku sedar diri aku ni ape la, tapi Allah suka kalo hamba Dia rasa dia tu tak baik,nanti dia akan belajar untuk ubah diri. Kat mane tah aku baca benda ni,kalo salah sila betulkan. So aku tau dan aku rasa diri aku tak perfect, inshaAllah aku akan baiki diri aku.

jokes~

Ada jugak respon positive dari member-member. Terima kasih kerana support. Emmm tapi aku pelik la bila aku cakap benda-benda baik ngan diorang, ada yang cakap "eh mane mimie yang lama aku nak mimie yang lama,macam pelik je ckp benda2 baik". erk nampak sangat aku jarang cakap benda-benda baik haha. sekarang aku slowly nak ubah jadi baik hehe. eh aku xdela jahat sangat, xdela nak rompak bank ke,bunuh orang ke, aku ingat lagi mak bapak aku, hormat lagi diorang. emm aku memang anak yang baik.

Member-member skolah lama suka kalo aku cakap benda-benda yang mengarut, happening la kata diorang haha. Maybe member-member di Universiti ni tak suka aku aku cakap-cakap benda mengarut, emm maybe aku terbawak2 dari skolah dulu kot. sorry ye kawan-kawan. Maybe korang terlalu baik kot. Aku ni ape la kan.

Ok la gua nak sambung baca FYP sket. May God bless you all

4 comments: