Friday, March 15, 2013

Jangan malas nak bekerja,hargai dan bersyukur dengan apa yang ada

Perghhh bukan main panjang lagi tajuk. lepas balik dari makan-makan tadi, ak macam biasa bukak facebook la. Dok maen scroll2 lepas tu tetiba terbaca satu post ni. Aku rasa aku dah baca dulu tapi aku buat dont know je. Tadi baca, eh baru baca tajuk tetiba air mata jatuh. Aku rasa aku ni touching sangat la haha.

Entah la lately bila aku tengok je gambar2 yang macam kat bawah ni aku jadi sebak. Hati aku mudah tersentuh la even aku ni keras haha. Sedih gila baca cerita pasal budak ni. Tetiba teringat kat adik aku yang form 1 tu. Dia rajin sangat kerja, tapi adik aku ni jenis keras kepala. Aku rasa tak patut bagi dia kerja,
aku sebagai kakak la yang patut jaga adik2 aku. Kalau aku kaya aku akan tolong orang2 yang tak berkemampuan tu.


Bagus sangat budak ni. ish sedihnya tengok budak2 mcm ni yg terpaksa bekerja even masih kecik. Tolong mak jual kuih. aku dulu pon buat kuih gak,nak tolong mak aku . Touching gila ngan kata2 budak ni,

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

See budak besar ni pon dah pandai usaha nk cari duit tolong famli. Apa alasan kita untuk jadi malas? tak bersyukur?tak hargai apa Allah bagi?

Sedih sangat tengok muka budak ni. Semoga budak ni diberkati Allah selalu



1 comment: