Thursday, September 27, 2012

Dugaan di tempat kerja

Assalamualaikmu...
rasa macam long time not post something. Hari ni rasa macam nak bercerita la. As
you all know,aku ni keje kat BP Chemicals cehhh bajet semua orang tau.
Keje in oil andgas industry memang la di kelilingi ramai lelaki. Macam-macam
kerenah dan perangai pelik yang aku jumpa.Mulut diorang pon boleh tahan laser la.
Disebabkan aku ni kerja dengan lelaki,maka aku pon terpaksa bertindak sebagai lelaki.
Kalau buat lembut-lembut kang jadi lain pulak.


Aku suka gambar ni,haa ni la aku cakap kerja orang lelaki haha

Emmm nak cerita ni, kt sana ada la sorang brother ni, mulut dia memang boleh tahan laserrrrrr la.
Dia selalu cakap aku ni macam tak tau apa-apa la, ayat macam lebih kurang nak cakap aku ni
bodoh la, bila berdepan dengan situasi macam ni aku pon layankan je,buat tak tau je dia
nak cakap ape. Masuk telinga kiri keluar ikut hidung hahaha. Aku boleh je buat tak layan
dengan apa yang diorang cakap,tapi gunung berapi lama-lama akan meletus jugak kan.

Satu lagi situasi bila berdepan dengan lelaki gatal. kalau dah situasi macam ni, aku memang
act like a boy la,keraskan hati,buat suara kasar-kasar. Biar dia anggap aku ni macam
tak ada perasaan. Tapi bila dah perempuan tu perempuan jugak la.
Orang still nk tarik perhatian kita haha.

Lagi satu, aku pon pernah di raba, tapi nasib baik aku tak sepak je orang tu punya "burung".
Kalau tak dah senak agaknya dia punya haha. Aku tak nafikan perasaan takut,
risau tu memang ada la. Tapi lain kali I have to be more carefull. Ni kerjaya yang aku pilih
so I have to face with it. Aku seronok jekerja lelaki tetapi bila dikelilingi lelaki
and plus dengan pelbagai karenah diorang
so aku kena sabar and be more carefull la.

Semoga Allah memakbulkan cita-cita aku nak jadi engineer.

2 comments:

  1. mimieeeee. sapo rabo mu. jahat sungguh la jatammm. aku kerat angry bird yo baru tauuuu. aku rajin jupo gok jate bengom gitu..grrr

    ReplyDelete
  2. buke stakat nk kerat,ak nk cice angry bird dio haha.ado win tp loni ak xg dekat doh nge dio.kejut gk sero tp ak mlh doh nk caro.mace2 pranga lg ak jupo win

    ReplyDelete